Wednesday, 25 March 2015

HUBUNGAN EMPAYAR OSMANIAH TURKI DAN KESULTANAN JOHOR.

Pada kali ini, Suara Haramain mengajak anda semua menelusuri sejarah gemilang yang tersimpan dalam khazanah sejarah. Sekalipun sebelum ini ada yang cuba berkongsi mengenainya namun kerana belum tiba masanya ia hilang begitu saja dan dilupakan. Namun kini memang masanya sudah tiba, sudah Allah taala takdirkan untuk dunia umum mengetahuinya.

Umum kita mengetahui banyak sejarah telah disorok atau dirubah oleh penjajah atau orientalis barat, lebih-lebih lagi oleh musuh Islam. Kewujudan Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan sejarah Islam namun diubah dan dimanipulasi serta dibesar-besarkan dengan sejarah hindu. Inilah kerja musuh, supaya semangat dan roh perjuangan berkubur. Namun jika tiba masanya tiada apa yang dapat menghalang.

Pada 13.02.1886 Sultan Johor telah diiktiraf oleh kerajaan Osmaniyyah Turki, dengan gelaran Sultan. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah. Baginda dikurniakan dengan dua wanita seorang bernama Khadijah Hanum untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Rukayah Hanum bernikah dengan adindanya iaitu Engku Majid bin Temenggong Ibrahim. Mereka dari keturunan Kaukasia di Utara Turki, kini dipanggil Georgia, Rusia. Perkahwinan Sultan Abu Bakar dengan Khadijah Hanum berlangsung pada 22.09.1893 di Istanbul Turki. 

Hubungan Kerajaan Johor dengan Kerajaan Osmaniyyah amat akrab khususnya sejak tahun 1885 iaitu apabila Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar hinggalah 1922 masihi, di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim. Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi bangunan bangunan lama di wilayah khilafah Osmaniyyah. Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar melawatIibu Kota Khilafah Osmaniyyah dan berjumpa sultan Abdul Hameed ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang- bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Osmaniyyah. Hikayat Johor meriwayatkan (Mohd Said Haji Sulaiman: 1951):

“Hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam.”

Pada Isnin lepas, 23hb Mac 2015 telah berlangsung satu lagi sejarah unik bagi Malaysia. Bertempat di Istana Besar, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Istiadat Pertabalan menaiki Tahta telang terlangsung. Pertabalan Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan ke 25 dalam sejarah Johor dan Sultan ke 5 dalam sejarah Johor moden adalah yang pertama selepas 55 tahun dengan kali terakhir di langsungkan semasa pertabalan Sultan Ismail pada tahun 1960

Saya mengajak pembaca semua merenung dan berfikir sejenak, mengapa sejarah sultan-sultan kita disorok? Yang diajar dalam subjek sejarah sekolah seolah-olah hanya hikayat dongeng semata dan payah nak dikaitkan dengan realiti. Lebih-lebih lagi memang ada pihak yang memastikan kisah-kisah atau sejarah Kesultanan Melayu tidak dibuka, hanya yang berkaitan kebudayaan atau tertentu sahaja dibesar-besarkan. Hakikatnya Kesultanan Melayu tidak boleh dipisahkan dengan kedatangan Islam di Timur! Kerana ada kaitan dengan Islamlah ianya disorok dan disimpan. Sebelum ini kita disogok dengan cerita kononnya Kesultanan Johor dari keturunan lanun, hakikatnya Empayar Islam terakhir iaitu Osmaniah sangat ada kaitan dan hubungan dengan Kesultanan Johor.

Ketika negara dilanda masalah najis politik dan ahli-ahlinya, Allah mengangkat pertabalan Sultan Johor hingga masyarakat lupa pada ahli-ahli politik dan fahamannya. Politik yang ada sudah terlalu hancur, rosak, jahanam, dan tidak memberi kebaikan malah memberi kemudaratan, kerosakan, dan kehancuran! Lihatlah perangai dan tingkah laku ahli politik! Menjatuhkan satu sama lain dengan cara jijik dan hina. Pemimpin lantikan rakyat sudah terlalu mengecewakan rakyat. Tanpa disangka pertabalan Sultan Johor kali ini mengubati hati rakyat secara tidak sedar. Ini adalah signal dari Allah, bahawa era pemerintahan bertaraf khalifah akan berlaku tak lama lagi. Selaku Sultan bagi mana-mana negeri, mereka adalah ketua agama Islam, dan ini satu penghormatan besar bila Islam hakikatnya ditabalkan semula. Ahli politik dan fahaman mereka akan hilang sendiri tak lama lagi. Manusia alan melupakan politik dan orang-orangnya.

Ini perancangan Allah taala, dan kerana itu manusia tidak menyangka di saat politik negara jiran Johor, iaitu Singapura sedang berkabung tapi di Johor berlaku sebaliknya. Upacara perlantikan Sultan yang berlaku adalah petanda bagi pejuang-pejuang kebenaran, bahawa Islam sedang menuju era gemilang. Siapa sangka sejarah hubungan antara Kesultanan Johor dan Empayar Osmaniah kini disebut kembali, setelah pihak orientalis berusaha menutupnya. Boneka barat yang juga tali barut yang selama ini mengeruhkan suasana politik Malaysia kini sedang membungkam, berduka cita di dalam sana. Dia semakin dilupakan, bos-nya pun telah meninggal dunia dan ini satu perkara yang membuatkan ada pihak mati akal dan buntu, hilang pedoman walaupun masih punya harta berjuta-juta. Ini semua berlaku dalam masa yang sama. Inilah rancangan Allah taala. Sebaik-baik tipu daya dan helah, Allah jualah yang terbaik mengatasi semua perancangan yang ada.

Tuesday, 24 March 2015

TIMUR IBARAT ANAK SINGA YANG SEDANG DEWASA.

Kini tibalah giliran Timur pula untuk diberi perhatian potensinya sebagai suatu kuasa yang akan menggantikan kuasa Barat. Ibarat seperti seekor anak singa, dunia menunggu Timur matang. Begitulah gelaran yang diberikan kepada Timur yang akan menerima giliran menjadi kuasa besar dunia. Tuhan tidak biarkan dunia ini kosong dari kekuasaan. Sudah menjadi sunnahtullah Tuhan pergilirkan penguasaan ke atas dunia ini. Barat telahpun menerima giliran mereka sebagai kuasa besar dunia atau empayar. Kini bukan lagi giliran mereka.

Di atas keruntuhan Barat, Timur kena ambil iktibar supaya tidak mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan. Dunia Barat hanya menumpukan pembangunan material semata. Hasilnya lahirlah satu tamadun manusia yang canggih teknologinya tetapi hilang fitrah kemanusiannya bahkan lebih jahat dari haiwan. Nafsu mengambil peranan Tuhan. Nafsu menjadi matlamat hidup.

Kerosakan yang dilakukan manusia, Tuhan jelaskan dalam Al Quran pada surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud: "kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Bangsa Timur perlu mengambil iktibar dari kejayaan dan kelemahan Barat. Kejayaan Barat hanya membawa kemajuan teknologi tetapi semakin maju semakin hilang fitrah kemanusiaan. Apalah erti kemajuan jika tidak membahagiakan? Manusia berlumba-lumba mengejar kemajuan dan mencapai taraf hidup selesa namun hari demi hari manusia semakin tertekan kerana kemajuan dan keinginan yang dikejar ini. Barat membawa hiburan, asalnya nak menghiburkan jiwa namun kerana hiburan baratlah betapa banyaknya gejala sosial yang berlaku. Zina, liwat, rogol, lumrah berlaku. Malah perkahwinan sejenis dibenarkan barat dan diperjuangkan, kini budaya itu dah menular di negara kita!

Bila negara dilanda soal rosak iman dan rosak akidah ini ialah satu penyakit rohani dan balanya membawa ke Akhirat. Ia boleh menyebabkan kita kekal dalam Neraka selama-lamanya. Kisah-kisah kaum yang terdahulu dimuatkan dengan begitu banyak sekali di dalam Al-Quran, oleh itu semestinya ia menjadi salah satu perkara yang perlu kita renungkan. Kebanyakkan dari kaum ini telah menolak kebenaran. Mereka juga telah menunjukkan kebencian terhadap para pejuang kebenaran tersebut. Tuhan telah memberitahu kita bahawa kejadian-kejadian kemusnahan tersebut patut menjadi peringatan kepada generasi akan datang.

Inilah yang perlu kita sedari. Jika kita ingin menjadi empayar bagi menggantikan barat yang sudah lemah, segeralah baiki dan penuhi syarat-syarat yang Islam kehendaki. Barat sememangnya lemah, tapi penggantinya masih belum bersiap, belum matang dan belum bersedia menggantikan singa tua yang ada.

Masyarakat Islam sudah ibarat kain buruk yang luntur warnanya. Berculang caling, bertompok-tompok. Ini kerana ia telah dipengaruhi dan dirosakkan oleh berbagai hal dan keadaan. Dengan kata lain, umat Islam telah terhina di mana-mana.

Bagaimana untuk memperbaiki keadaan umat dan masyarakat Islam yang sudah kronik ini? Dengan politik? Dengan ilmu? Dengan teknologi? Dengan kemajuan? Dengan pembangunan? Dengan ekonomi? Atau dengan apa?

Jawapannya mudah. Ia terpapar jelas pada Al-Quran dan sunnah iaitu dengan iman dan ilmu. Iman dan ilmu ini mesti di tanam di hati umat Islam melalui pendidikan. Hanya melalui pendidikan baru datang penghayatan dan penjiwaan.

Dari penghayatan dan penjiwaan iman dan ilmu, baru timbul rasa cinta pada Allah, pada Rasulullah dan pada Islam. Selepas cinta, akan datang rasa takut pada Allah.

Bila hati hidup, apa yang dibaca sangat memberikan kesan dalam kehidupan. Ia dapat memancarkan cahaya rohaniahnya kepada akal dan kepada seluruh anggota. Sehingga manusia mampu untuk menyuluh tindak tanduk lahir dan batin mereka. Kemudian setiap kerja, setiap amalan, setiap tindakan yang dibuat itu akan dihubungkan dengan Allah. Dia sentiasa ada contact dengan Allah.

Jadi, bersiaplah wahai singa muda! Dunia perlukan pembela baru yang menanungi umatnya. Dunia perlukan penyelamat bukan pemusnah dan pemecah belah ummah. Amerika dan sekutunya telah lemah. Ibarat singa tua yang hilang kuku dan taringnya. Kini tibalah giliran Timur atas nama Islam menjadi empayar kebangkitan Islam kedua.

Saturday, 21 March 2015

ANUAR IBRAHIM BERDEPAN DENGAN KEBANGKITAN ISLAM.

Pada masa ini, telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif yang berlaku. Dunia sekali lagi akan diatur dan dicatur oleh Islam. Perkara ini jelas sekali Allah tegaskan didalam Al-Quran surah Al-Baqarah, surah kedua dalam quran pada ayat ke 105 yang bermaksud :

"Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (wahyu atau petunjuk) dari Tuhan kamu sedangkan Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar."

Kesilapan besar yang dilakukan oleh Anuar Ibrahim ialah melawan arus kebangkitan Islam yang telah Tuhan tetapkan. Dia merancang kebangkitan dia sendiri, dengan cara kotor dan keji. Malang sekali, dia bukan berdepan dengan kuasa manusia tetapi berdepan dengan kuasa Tuhan. Sekalipun Anuar Ibrahim mendapat sokongan kuasa dari luar negara namun dia tetap akan gagal. Pelbagai usaha sudah dilakukan namun tak berjaya rancangan demi rancangan yang dilaksanakannya. Ikutkan lojik akal, mana mungkin Anuar Ibrahim akan 'kalah' kerana Amerika dan sekutunya berada dibelakang dia. Namun kuasa Allah taala mengatasi segalanya.

Anwar bergantung kepada Kuasa besar yang sudah menjadi singa tua. Hanya gah pada nama tetapi sudah tiada kekuatan hendak menggigit dan menerkam mangsanya lagi. Apa kekuatan yang boleh diberikan oleh kuasa yang di ibaratkan seperti orang yang di ambang maut. Apa boleh dilakukan oleh orang yang menunggu nazak. 

Tindakan Anuar Ibrahim bukan saja merosakkan agama, bangsa, negara bahkan tamadun manusia. Ertinya mengancam keamanan dan keselamatan negara. Tokoh begini jika naik akan menjadi pemimpin yang rosak. Pemimpin yang cacat kerana mempunyai peribadi yang jahat. Pemimpin begini bukan untuk membangunkan negara atau rakyat, tetapi untuk hidup berfoya-foya, dan membazirkan wang rakyat dan negara. Dengan pemimpin seperti ini, akan berlaku huru-hara dalam negara. Akan timbul kegelisahan dan ketegangan dalam negara. Belum pun menjadi pemimpin sudah mengajak manusia bergaduh dan bermusuhan, kononnya atas nama keadilan. Dia sudah lupa ketika dia berkuasa, menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu berapa ramai yang dizaliminya.

Kita sangat beruntung kerana berada di era Kebangkitan Islam. Juga sangat beruntung berada di bumi Timur. Sekarang era atau zaman bumi Timur menerima giliran dari Tuhan. Giliran diserahkan kuasa empayar. Berjuang di masa dan tempat yang dijanjikan banyak mendapat subsidi dan bonus dari Tuhan. Malaysia berada diatas landasan jadual Tuhan. Timur yang di maksudkan itu adalah Malaysia.

Dunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita?

Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya adalah keperluan bersama dalam kehidupan. Tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa. Kasih sayang ia keperluan kita bersama.

Di Malaysia perjuangan secara kasih sayang telah berjaya dimusnahkan oleh musuh. Yahudi menonjolkan tokoh seperti Anuar Ibrahim dan seumpamanya, adalah jambatan musuh dari luar merosakkan kasih sayang, keharmonian, keamanan dan kedamaian. 

Bagi menghadapi musuh seperti Anuar Ibrahim, mesti dilancarkan perjuangan Love and Care  sebagai senjata, selain daripada menggunakan mahkamah dan peruntukan yang boleh dimanfaatkan. Ini sebagai tindakan kepada Anwar Ibrahim.

Malaysia dikenali sebagai negara yang subur nilai ketimurannya. Kini apa yang diperjuangkan Malaysia selama ini sudah terbarai. Kerana ada orang yang lebih mementingkan kepentingan diri. Sebelum ini dikalangan bukan Islam pun kita perkenalkan Love and Care (kasih sayang/perpaduan), tetapi kerana perturutkan kepentingan nafsu institusi keluarga pun diporakperandakan dan akhirnya bercerai berai dan musnah. Institusi keluarga besar yang di bina dan diperjuangkan tinggal dalam sejarah. Kalau hubungan fitrah seperti kekeluargaan dihancurkan betapalah hanya hubungan masyarakat berbilang bangsa dan agama yang diusahakan, lebih-lebih lagi terbarai dan porak peranda.

Dunia semakin menghimpit kita menjadikan kita terus bercelaru untuk mencari siapa musuh kita sebenar. Kita disibukkan dengan sesuatu yang sebenarnya tidak perlu. Hari yang semakin kacau ini akan membutakan mata kita untuk melihat kebenaran. Tentulah semua ini sengaja dibebankan kepada kita, manusia akhir zaman. Pemesongan fakta serta bukti sengaja ditimbulkan bagi mengelak dari dikesan.

Musuh terus membuat kacau bilau dan huru hara kepada negara kita. Negara tidak lagi akan aman sampai bila-bila kerana sememangnya ia dirancang sedemikian rupa. Dunia Islam akan digoncang dan dimanipulasi sehingga kita semua menjadi letih dan lesu. Jangan kita sangka Malaysia akan terlepas dari strategi ini. Kita mungkin bernasib baik, namun ia tetap akan terjadi juga akhirnya kerana yahudi dan tentera salib mereka sentiasa berusaha tanpa jemu mengkucar kacirkan negara kita. Memang benar segala langkah mereka akan terus terselindung, namun ada diantaranya dapat kita kesan melalui beberapa tindakan mereka yang melebihi batas. Contoh terbaru ialah bagaimana beberapa pertubuhan di USA mengecam sistem perundangan kita. Menggesa kita mengubah beberapa peruntukan undang-undang tertentu. Mengapa mereka begitu berminat mencampuri urusan negara kita? Mengapa mereka tidak cuba selesaikan apa yang mereka telah mulakan di Asia Tengah, Asia Barat dan Utara Afrika? Agen-agen mereka berkeliaran dalam negara kita dengan bebas dan mampu pula melantik beberapa proksi secara rahsia. Ini menunjukkan mereka tidak pernah putus asa untuk merentap keamanan yang sedia wujud dalam negara sejak sekian lama.

Mereka sangat mengkaji apa yang Allah beritahu dalam Quran dan Sunah Rasulullah SAW. Yahudi dan Nasrani sangat sedar mereka akan berdepan dengan kebangkitan Islam secara kasih sayang. Musuh bukan berdepan dengan kuasa manusia. Mereka bukan berdepan dengan kerajaan Malaysia. Mereka sangat sedar berdepan dengan kuasa Allah. Jadual yang mereka hadapi bukan jadual manusia tetapi adalah jadual Tuhan. Begitulah sikap mereka berterus terang menentang sesuatu yang datang daripada Tuhan. Musuh sangat faham kebangkitan tersebut. Ini jelas sekali Allah sebut didalam Al-Quran surah Al-Anaam,6:20 bermaksud : "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman."

Kita yakinlah bahawa sememangnya negara kita Malaysia akan menjadi peneraju sebuah empayar Islam. Kini sedikit demi sedikit perubahan berlaku kepada rakyat Malaysia. Perubahan kepada Islam satu khabar yang sangat menggembirakan buat pejuang- pejuang Islam akhir zaman.

Sunday, 15 March 2015

ISLAM SEMAKIN GEMILANG.

Selepas perang teluk suasana dunia berubah. Ada umat Islam mula sedar dan insaf. Ada yang lebih pelik lagi di Barat dan Amerika bila Islam diburuk-burukkan lagi ramai orang barat masuk Islam. Kita menyaksikan manusia berbondong-bondong datang ke Baitullah iaitu Kaabah di Mekah. Manusia yang datang dari seluruh arah pelusuk penjuru dunia. Inilah perhimpunan terbesar yang melibatkan jutaan manusia pada satu tempat di planet bumi ini. Yang paling mengagumkan walaupun perhimpunan tersebut melibatkan pelbagai bangsa dan pertuturan yang berlainan dari seluruh dunia, mereka tetap bersatu dan berjaya menunaikan ibadah haji tanpa sebarang masalah mahupun keganasan.

Pada era selepas tujuh ratus tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita anggarkan bahawa nisbah amalan Islam hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti di zaman Rasulullah SAW dahulu. Ilmu Islam tidak rosak. Ilmu Islam tidak berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, yang rosak dan yang susut ialah amalannya yang sudah banyak ditinggal dan dilupakan oleh umat Islam.

Kalau kita gambarkan Islam melalui rajah ia mula naik kembali. Bermula Islam naik dan menjadi empayar selama tujuh ratus tahun. Dan era selepas tujuh ratus tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh. Sekarang Islam mula kembali naik buat kali kedua. Pada kebangkitan pertama Islam bertapak di Timur Tengah, sekarang Islam naik kembali dan bertapak di Timur iaitu di Malaysia.

Pameran Lima D Langkawi, salah satu acara bertaraf dunia, ia memberi peluang masyarakat antarabangsa melihat dari dekat perkembangan Malaysia. Penyertaan kali ini lebih meningkat dibandingkan sebelum ini. Bagi mereka yang tidak melihat melalui kacamata Islam, perkembangan ini biasa-biasa sahaja. Namun bagi para pemikir, pengkaji, mereka yang prihatin dengan perkembangan semasa dunia, seolah-olah ada sesuatu atau seseorang yang mencatur dunia. Semuanya dikawal dan hasilnya positif untuk Islam. Bagi orang biasa yang tahap pemikiran mereka terhad, mereka tak boleh menjangkau apa akan berlaku pada dunia atau negara. Namun ini tidak kepada para intelektual dunia atau negara, kerana mereka mampu membaca 2-3 tahun kehadapan. Namun bagi para auliya, Allah taala berikan pandangan yang lebih jauh lagi. Menjangkau puluhan tahun kehadapan. Inilah yang Abuya nampak 40 tahun lalu, dan beliau telah memulakan sesuatu untuk berlakunya perubahan kepada Islam yang terjadi pada hari ini.

Perkembangan kebangkitan Islam di Malaysia berterusan sehingga garis pemisah di antara golongan dakwah dan anti dakwah menjadi jelas. Akan sampai satu tahap dan keadaan dimana masyarakat akan terpaksa membuat pilihan. Era akan bertukar. Sistem akan bertukar. Nilai hidup akan berubah. Cara hidup akan berubah. Kesemuanya akan berubah. Siapa suka kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka akan dianggap sebagai sampah masyarakat. Siapa yang menentang akan dianggap sebagai bangkai busuk yang terdampar di tepi jalan.

Kebangkitan dakwah begitu meluas samada hasil anjuran pihak kerajaan atau badan-badan NGO. Kesannya masyarakat bertambah sedar dan insaf. Dulunya jahat menjadi baik. Berbagai-bagai kebaikan boleh tumbuh hasil kesedaran masyarakat. Ini adalah satu rahmat dari Allah. Ia merupakan satu nikmat bagi manusia.

Kesedaran dan keinsafan adalah soal hati. Ia bukan perkara fizikal dan material. Untuk mendapatkan kesedaran dan keinsafan, hati-hati manusia perlu di berikan Tuhan. Tanamkan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hati manusia tidak boleh disedarkan dengan benda-benda lahir atau benda material yang bersifat duniawi. Apa sahaja yang bersifat duniawi, akan merangsang nafsu manusia. Nafsu manusia tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada.

Di samping itu apabila nafsu terlalu berperanan untuk merebut dunia, maka akan tercetuslah sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati-hati manusia. Seperti sifat tamak haloba, hasad dengki, pemarah, bakhil, cinta dunia, dan sebagainya. Inilah yang akan menyemarakkan lagi krisis dan pergaduhan di kalangan manusia. Tuhan berfirman dalam Al-Quran surah baqarah yang maksudNya: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."

Kita di minta mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dan bukan jejak langkah Syaitan. Mengikut Langkah-langkah Rasulullah itulah yang di namakan syariat Allah. Atau mengikut Al-Quran dan Sunnah yang telah ditinggalkan kepada kita. Kita akan mendapat hidayah apabila menerima dan mengamalkan Al Quran dan As Sunnah.

Justeru itu ada ulama mentafsirkan 'tali-tali Allah' ini bukan setakat berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah dan syariat Allah semata-mata tetapi ialah rasa takut dan cinta kepada Allah yang tersemat di hati. Bila semua hati-hati manusia sudah rasa takut dan cinta kepada Allah, maka ini bermakna perasaan dan hati-hati mereka sudah terikat dan tertambat kepada satu ikatan yang sama iaitu kepada Allah.

Monday, 9 March 2015

KUASA BARU SEDANG MENCATUR DUNIA SEJAGAT

Dua Kuasa besar dunia sudah berlalu zaman kegemilangannya. Soviat Union lebih awal hilang dari peta dunia. Ia di ketuai oleh Rusia. Dunia barat yang di ketuai oleh Amerika Syarikat. Dunia Barat (atau sering disebut Barat saja) merujuk kepada negara-negara yang berada di benua Eropah dan Amerika. Dunia Barat dibedakan dari dunia timur yang digunakan untuk merujuk kepada Asia. Meskipun begitu, pada umumnya kata ini lebih sering diasosiasikan terhadap negara-negara yang mempunyai mayoritas penduduk berkulit putih. Oleh karena itu, Australia, dan New Zealand juga sering dianggap sebagai bagian dari dunia Barat.

Sekarang Barat pula menuggu giliran untuk dilupakan kuasanya. Ibarat seperti seekor singa tua. Barat di ambang maut. Begitulah gelaran yang diberikan kepada kuasa besar dunia. Tuhan tidak biarkan dunia ini kosong dari kekuasaan. Sudah menjadi sunnahtullah Tuhan pergilirkan penguasaan ke atas dunia ini.

Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dua golongan itu tidak ada golongan lain yang diizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini.

Janji Allah untuk orang yang bertaqwa. Golongan orang-orang yang bertaqwa pula sudah tentulah mereka itu orang-orang Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak semestinya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Allah sendiri tidak ada memberi apa-apa jaminan atau menjanjikan apa-apa pertolongan atau kemenangan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti dalam Firman-Nya:

أَنَّ ٱلْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّٰلِحُونَ

Maksudnya:

"Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Al-Anbiyaa,21:105).

Hasil mujahadah yang tinggi, serius serta istiqamah, Allah akan kurniakan kepada kita sifat taqwa. Bermacam-macam kebaikan yang Allah janjikan dalam Al Quran kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini. Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga nilainya yang tidak dapat di-ukur dengan mana-mana mata wang di dunia ini.

Di antara janji-janji Allah kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini ialah:

Mereka mendapat pimpinan daripada Allah. Ini jelas sekali Allah sebut didalam Al-Quran, maksud firman Tuhan: "Allah menjadi pemimpin dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).(Al-Jasiyah,45:19).

Mereka dapat terlepas daripada kesusahan. Bukan ertinya mereka tidak mendapat susah atau tidak ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan dan ujian, mereka akan terselamat. Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu sahaja. Selepas itu Allah akan lepaskan dari ujian dan rintangan itu dengan menghadiahkan pelbagai macam nikmat pula. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup."(At-Thalaq,61:2).

Di dunia lagi mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), dan akan diberi rezeki yang tidak terduga dan dirancang. Ini jelas dalam sambungan ayat tadi yang bermaksud: "Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya. (At-Thalaq,61:3).

Inilah jaminan Allah bagi mereka yang bertaqwa. Sesiapa yang bertaqwa, rezekinya ada sekadar yang perlu. Makan minumnya yang perlu tetap ada walaupun dia tidak berusaha. Walaupun dia tidak ada kerja, tetap ada jaminan daripada Allah. Ini diakui sendiri oleh Imam Ghazali, mungkin ianya dari pengalaman beliau sendiri. Imam Ghazali pernah berkata: "Kalau sekalipun orang bertaqwa itu tidak ada kerja, keperluan-keperluannya tetap diperolehinya."

Waktu makan akan diberi makanan. Jika patut dapat pakaian, akan diberi pakaian. Dia tidak sendiri tidak tahu dari mana sumbernya kerana ianya bukan daripada usaha dan cariannya sendiri.

Monday, 2 March 2015

MALAYSIA IALAH TURKI KECIL YANG MEMBANTU TURKI BESAR.

Turki adalah sebuah negara yang mempunyai sejarah sebuah empayar. Dahulunya ia adalah pusat pentadbiran bagi Empayar Osmaniah. Sejarah gemilangnya bermula dengan pembukaan Kota Kostantinopel (Istanbul) di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Kini semuanya tinggal kenangan dan sejarah. Empayar Islam itu lenyap selepas perang dunia pertama. Kemudian Turki berubah menjadi negara sekular di tangan Mustafa Kamal Attartuk. Pelbagai cubaan dalam menghidupkan semula syiar Islam di sana namun hingga kini masih belum berjaya. Yang berjaya dihidupkan ialah kesinambungan tarikat-tarikat sufi yang dijaga turun temurun, namun untuk menjadikan ianya gemilang hingga peringkat negara seperti sebelumnya belum berjaya. Aura empayarnya telah lenyap dan hilang.

Rupanya aura syiar Islam itu telah berpindah ke Malaysia. Maka ada ulama mengelar Malaysia sebagai Turki kecil. Beberapa penganalisis dan pemerhati politik mendakwa kunjungan sulung Dato Seri Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009 akan memutuskan hubungan peribadi yang dijalin Anwar dengan Turki dan negara-negara Islam yang lain. Sekaligus menjadikan Malaysia rakan rasmi negara berkenaan.

Kamal Atartuk seorang tokoh yang mencabut roh Islam di Turki dan akhirnya Turki hilang kekuatan sebuah empayar Islam. Rahmat dan kasih sayang Tuhan kekuatan tersebut berpindah ke Malaysia. Maka kini Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang di hormati dan disegani terutamanya negara negara umat Islam. Selepas 28 tahun, Malaysia dan Turki membuka era baru dalam hubungan dua hala menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mampu mengukuh serta mengembangkan kerjasama dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Turki dilihat mempunyai kelebihan tertentu, antaranya ia sebuah negara yang mampu berdikari tanpa bantuan negara-negara asing. Walaupun ia tidak diterima persatuan eropah untuk menjadi sebahagian daripada mereka, kekuatan Turki sebenarnya sudah cukup dan memadai buat negaranya dan rakyatnya. Memang tidak dinafikan kuasanya selaku bekas empayar Islam tidak boleh dipandang rendah. Namun Allah taala telah tetapkan pergiliran kuasa di kalangan hamba-Nya. Kini Turki walaupun mempunyai kuasa tersendiri namun ianya tidak begitu berwibawa di mata dunia. Malah wibawa Malaysia sebagai negara Islam lebih dipandang besar dunia walaupun tarafnya bukan empayar.

Kerjasama Turki dan Malaysia sangat membenarkan jadual kebangkitan Islam kedua. Lebih-lebih lagi setelah berlakunya jalinan kerjasama rasmi antara kedua negara ini. Malaysia sebagai negara kecil dapat pelbagai manfaat daripada Turki kerana Turki telah terbukti pernah meneraju sebuah empayar Islam. Manakala bagi Turki, kerjasama dengan Malaysia membantunya untuk mengulangi kegemilangan Islam kedua di akhir zaman ini.

Malaysia sebagai negara Islam Ahli Sunnah Waljamaah satu-satunya negara Islam yang berani menyatakan pendiriannya. Sedangkan negara Islam atau mana-mana negara arab sekalipun tidak berani menyatakan bahawa mereka negara Ahli Sunnah Waljamaah. Ini sangat membantu negara Turki yang hakikatnya berpendirian yang sama namun tidak juga berani menyatakan hal itu. Banyak pihak cuba mengaitkan dengan isu politik namun tidak ada pihak yang berani sekalipun atas nama politik menyatakan mereka dan negara mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan negara arab atau Islam lain seperti Iran jelas dengan Syiah, Saudi dengan Wahabi, Iraq hakikatnya Syiah yang didokong barat, begitu juga negara Teluk rata-ratanya ialah gabungan antara Syiah, wahabi dan liberal.

Disini sangat menjelas bahawa Malaysia sememangnya dipersiapkan untuk kebangkitan Islam kedua. Kini ianya sedang membantu Turki selaku bekas empayar dalam mendaulatkan Islam ke peringkat dunia. Hanya golongan yang prihatin dan mengambil berat akan hal ini akan menyedari hakikat yang sedang berlaku sekarang.

Saturday, 21 February 2015

ILMU TANPA HIDAYAH MENJAUHKAN MANUSIA DARI ALLAH.

Tidak dapat kita dinafikan betapa pentingnya ilmu atau minda itu dalam kehidupan. Tanpa ilmu, manusia akan menjadi kaku. Hendak berbuat, tak tahu caranya. Hendak bergerak, tak tahu langkahnya. Hendak berpergian, tak tahu arah tujuannya. Untuk menguruskan hal dunia, kita perlu kepada ilmu/minda. Untuk menguruskan hal Akhirat pun, lebih-lebih lagi kita perlu kepada ilmu.

Islam amat menitik-beratkan tentang ilmu. Tidak serupa orang yang berilmu itu dengan orang yang tidak berilmu. Allah mengangkat orang-orang yang berilmu itu beberapa darjat. Allah lebih suka kepada ulama yang fasiq daripada abid yang jahil. Orang yang jahil itu adalah seteru/musuh Allah. Rasulullah saw pernah bersabda:

”…Keutamaan orang yang berilmu dibanding ahli ibadah laksana keutamaan bulan dibanding seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (harta), tapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa yang boleh memiliki ilmu tersebut, bererti dia telah memiliki keuntungan yang sangat banyak.” (HR Ahmad Abu Daud dan Ibnu Majah). 

Dalam riwayat lain, “Keutamaan orang yang berilmu dibanding ahli ibadah, seperti keutamaanku atas orang yang paling awam di antara kalian….” (HR Tarmizi).

Ilmu itu ibarat obor yang menyuluh. Dengan ilmu, kita dapat melihat jalan-jalan yang patut ditempuh. Dengan ilmu, kita dapat melihat mana jalan yang benar dan mana jalan yang salah; mana jalan yang baik dan mana yang buruk; dan mana jalan yang hak dan mana jalan yang batil. Orang yang mempunyai ilmu itu ibarat orang yang mempunyai obor di malam yang gelap- elita. Dia boleh menerangkan kegelapan untuk dirinya dan juga untuk orang lain.dengan ilmunya.

Hanya setakat tahu, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya. Abu Hurairah dalam hadis yang mafhumnyanya begini, “Sungguh, seorang faqih (orang yang faham agamanya) lebih sulit bagi syaitan daripada seribu ahli ibadah.” (Adabul Imal’ wal Istimla’: I/60).

Akan tetapi, ilmu semata-mata tidak menjamin apa-apa. Kalau banyak pun ilmu/minda yang dimiliki oleh seseorang itu, tidak bermakna dia akan selamat dari terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat. Seperti juga orang yang mempunyai obor, tidak semestinya dia tidak akan sesat atau tidak akan ter- sungkur.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, Dia akan memberinya faham tentang agama.” (Kitab Syarah Sahih Imam Bukhari, No. 71)

Tidak dikatakan “... akan diberinya ilmu tentang agama.” Jadi, orang yang mempunyai ilmu itu tidak semestinya dia faham dan tidak semestinya dia dapat beramal, sesuai dengan ilmunya. Hanya setakat tahu sahaja, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada orang yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di se- baliknya.

Di samping ilmu, apa yang sebenarnya kita perlukan ialah taufiq iaitu pimpinan Allah. Dengan taufiq, segala amal perbuatan kita akan setentang atau tepat dengan ilmu. Barulah ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat bagi kita dan dapat kita menjadi orang yang beramal dengan ilmunya. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal.

Tanpa taufiq inilah maka kita sering lihat orang yang amalannya tersimpang dari ilmunya. Tidak kurang kita lihat orang yang mengajar ilmu tauhid tetapi dia sendiri tidak mampu berjiwa tauhid. Atau orang yang alim tentang hukum sembahyang, tetapi dia sendiri tidak mendirikan sembahyang. Atau ulama-ulama yang secara terus-menerus terlibat dengan dosa-dosa besar. Atau ulama-ulama yang mengubah hukum-hakam untuk menjaga kepentingan pangkat, jawatan dan kedudukannya, dan yang menggunakan ilmunya untuk mem- benarkan tindak-tanduknya yang salah.

Malahan ada manusia yang bertaraf profesor di universiti-universiti di Barat yang hafaz Al Quran dan hafaz beribu-ribu hadis, lengkap dengan perawinya, bahkan pula layak memberi ijazah dan Phd. pengajian Islam kepada graduan-graduan Islam, tetapi mereka sendiri tetap kufur dan tetap tidak beriman kepada Allah.

Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya akan masuk Neraka 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala. Dan di kalangan ulama ada yang digelar ulama “suk” atau ulama jahat yang kerjanya melarang manusia menuju kepada Tuhan dan menyusahkan manusia membuat kebaikan dan kebajikan. Maksiat dan kemungkaran tidak pula dilarang atau ditegurnya. Rasulullah SAW memerintahkan kita supaya lari dari ulama jahat seperti ini seperti mana kita lari dari singa yang ganas. Dunia telah masuk dan bersarang di dalam hati-hati mereka. Mereka merosakkan agama di atas nama agama.

Rasulullah saw bersabda:

سيكون في أمتي اختلاف وفرقة ، قوم يحسنون القيل ويسيئون الفعل

Akan ada perselisihan dan perbezaan pada umatku, suatu kaum yang memperbagus ucapan dan memburukkan perbuatannya (akhlak yang buruk) “.

يَدْعُونَ إِلَى كِتَابِ اللَّهِ وَلَيْسُوا مِنْهُ فِى شَىْءٍ

” Mereka mengajak pada kitab Allah tetapi justru mereka tidak mendapat bagian sedikitpun dari Al-Quran “. (Imam Abu Daud : 4765)

Rasulullah saw bersabda;

“Dari kelompok orang ini, akan muncul nanti orang-orang yang pandai membaca Al Qur`an tetapi tidak sampai melewati kerongkongan mereka, bahkan mereka membunuh orang-orang Islam, dan membiarkan para penyembah berhala; mereka keluar dari Islam seperti panah yang meluncur dari busurnya“. (HR Muslim 1762)

Khalifah Umar bin Khattab r.a. pernah mengingatkan tentang orang yang berilmu. Dari Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin, beliau berkata:

“Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan (bimbangkan) terhadap umat ini adalah orang pintar yang munafik. Para sahabat bertanya: Bagaimana seseorang itu menjadi munafik yang pintar? Umar r.a. menjawab: “Iaitu orang yang pandai berbicara (bak seorang alim), tapi hati dan perilakunya jahil”.

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang bertambah ilmunya tapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia tidak bertambah dekat kepada Allah melainkan bertambah jauh“

Ilmu itu amanah Allah. Kalau kita diberi ilmu, kita bertanggungjawab. Kita perlu mengamalnya, menyampaikan atau mengajarnya dan memperjuangkannya. Di Akhirat nanti, kita akan disoal tentang ilmu yang ada pada kita itu.

Thursday, 19 February 2015

MENCEGAH DAN MENGUBATI PENYAKIT MANUSIA.

Pepatah Melayu ada berbunyi, mencegah lebih baik dari mengubati. Jika ditafsirkan menurut bidang perubatan, menghalang dan menghindar diri daripada mendapat jangkitan penyakit adalah lebih baik dari mengubatinya setelah dijangkiti atau terkena sesuatu penyakit. Menjaga kesihatan diri adalah dituntut dalam Islam. Jika badan tidak kuat dan tidak sihat, ianya menyukarkan dan menyulitkan kerja-kerja kebajikan yang mahu dilaksanakan. Payahlah hendak berkhidmat dengan manusia kerana masalah kesihatan. Begitu besar sekali nikmat kesihatan pada manusia yng Allah Taala berikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Rasulullah SAW bersabda lagi, “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Begitulah Allah Taala yang sangat kasihkan hamba-Nya. Soal kesihatan lahir pun diingatkan dan diminta untuk menghargainya. Kerana orang yang beriman bukan mereka yang selekeh, pengotor, selebet, dan mengabaikan kesihatan. Islam suka pada keindahan, kerana ia fitrah. Dan Allah Taala itu indah dan sukakan pada keindahan. Kecantikan dan keindahan sangat berkait rapat dengan hati manusia.

Begitulah juga pada nikmat kesihatan yang Allah minta hamba-Nya menjaga dan mensyukurinya. Malah selepas nikmat terbesar iaitu Iman, ialah nikmat kesihatan. Nikmat kesihatan ini sangat perlu dijaga, seperti menjaga nikmat iman. Nikmat Iman berbentuk maknawi, manakala nikmat kesihatan berbentuk zohiri.


Sunday, 15 February 2015

PEJUANG KEBENARAN SENTIASA BERSIAP UNTUK KEMATIAN.

Firman Tuhan:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'aam: 32).

Kehidupan yang kita lalui di dunia ini Allah Taalah ibaratkan seperti hiburan dan permainan.
Kembali kita renungkan betapa hidup ini berjalan dengan begitu cepat dan pantas. Tahun 2014 telah pun meninggalkan kita, dalam sedar atau tidak kita berada di awal suku tahun 2015. Masa berlalu begitu saja tanpa terasa, ibarat kita hanya mengambil seteguk air dan dalam masa itulah kehidupan kita. Bila manusia dilahirkan dilaungkan azan dan iqamah. Bila manusia meninggal dunia akan disolatkan. Itulah juga gambaran hidup kita yang Allah Taala tunjukkan; jarak kehidupan manusia ialah di antara azan dan solat, begitu pendek sekali. Malah semua yang ada adalah pinjaman sementara.

Kita disunatkan mengingati kematian, menziarahi orang mati, perkuburan, supaya dapat mematikan angan-angan dunia dan mengingatkan pada Allah dan akhirat. Di awal 2015, berlaku kematian individu yang kita kenal, samada dari kaum kerabat kita atau dari kalangan figur masyarakat. Bagi mereka yang telah bertemu Allah urusan mereka di dunia telah selesai. Mereka sedang menuju ke dunia baru, alam baru yang kita pun akan ke sana.

Maksud firman Tuhan:

Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr :1-3).


Allah Taala bersumpah dengan masa bahawa kita semua berada di dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan Allah Taala menyambung lagi, selain orang beriman dan orang soleh, mereka yang saling nasihat-menasihati dan mengajak manusia kepada kebenaran dan juga mereka yang berdakwah dengan penuh kesabaran. Inilah golongan yang beruntung di dalam kehidupan. Namun realitinya, golongan ini seolah-olah tidak menikmati kehidupan kerana dalam sangkaan manusia biasa, hidup ialah mengejar kemahuan nafsu dan kehendak dunia. Berbezanya pandangan dan penilaian manusia yang mengejar akhirat dan mereka yang semata mencari dunia.


Sunday, 8 February 2015

MALAYSIA BAKAL MENERAJU EMPAYAR ISLAM KEDUA.

Kita bersyukur kepada Allah walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama, namun Islam tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara. Mengekalkan rasa syukur moga Allah akan terus kekalkan dan memberi kekuatan kepada kita dari masa ke semasa dalam menyemarakkan Islam melalui usaha ingat-mengingatkan antara satu sama lain.

Firman Allah:

وَالْعَصْرِ.
 إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.
 إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:1-3).

Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama sedang menuju ke arsh sebuah negara maju. Prestasi yang baik di dalam kemajuan teknologi dan kemeriahan amalan Islam menjadi rujukan kebanyakan negara-negara umat Islam di peringkat antarabangsa. Walaupun masyarakatnya pelbagai bangsa dan agama namun Islam tetap disanjung dan dihormati sebagai agama rasmi negara. Pembangunan insaniah dan pembangunan maddiah yang seimbang dan kehidupan masyarakatnya yang stabil.

Bekas perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadikan tema negara "Islam Hadari". Umat Islam di Malaysia sangat memainkan peranan besar dalam menyahut kebangkitan Islam. Jelas kelihatan peningkatan dan pencapaian yang baik di kalangan masyarakat Melayu Islam di dalam:

- Pengamalan Islam
- Pendidikan
- Ekonomi
- Teknologi
- Politik yang terkawal.

Bagi merealisasikan Melayu Baru yang menjadi payung kepada kebangkitan Islam sekali lagi, mestilah diusahakan sifat-sifat mahmudah secara berterusan. Malaysia boleh jadi Model Empayar atas nama Islam atau contoh umat Islam yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul mestilah wujud. Kalau kita bercerita tentang kecantikan sehelai baju, orang akan lebih yakin kalau dapat lihat contoh atau model yang memakainya. Kalau nampaknya betul-betul cantik dan kemas, mudahlah mereka menerima dan menirunya.

Tanpa model, berbagai-bagai tanda tanya akan timbul yang tidak selesai dan ini akan menyusahkan kita untuk membangunkan empayar Islam. Sebab itu Rasulullah menyiapkan masyarakat Islam contoh di Madinah. Walaupun kecil, kerana masih bertaraf toifah atau jemaah, tetapi meyakinkan. Dengan kuasa negara ia akan mampu membesar. Orang tertarik dengan model yang baik dan menyakinkan itu. Persiapan model masyarakat Islam tulen juga memberi pengalaman yang penting kepada para pejuang untuk membangunkan Islam di peringkat Negara dan seterus peringkat Empayar.

Berdasarkan janji-janji Tuhan mengenai pergiliran kekuasaan pemerintahan di dunia, maka ternyata bangsa yang belum lagi mendapat gilirannya ialah bangsa Melayu. Sekarang umat Melayu di Nusantara menjangkau 250 juta orang. Bilangan umat Islam yang terbesar di dunia. Bangsa-bangsa lain pernah menempa sejarah atas nama Islam, seperti bangsa Arab, bangsa Eropah, bangsa Mongol, bangsa Kurdis dan bangsa Turki.